Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Jenaris telah di tubuhkan pada 05 Ogos 2009. Upacara perasmian & pelancaranya telah di sempurnakan pada 03 April 2010. Semuga dengan tertubuhnya KRT ini dapat mengeratkan lagi silatulrahim di kalangan penduduk taman ini. Juga pihak Ahli Jawatankuasa memohon kerjasama penduduk dalam menjaga keselamatan taman dan membenteras gejala-gejala yang tidak sihat. Hubungi Ahli Jawatankuasa sekiranya ada apa-apa maklumat.

Wednesday, March 30, 2011

Senamrobik Jiranita

Majlis Pelancaran Senamrobik Jiranita KRT Taman Seri Jenaris telah diadakan pada 30 Mac 2011 bertempat di Dewan MPSP Tikam Batu. Majlis telah di rasmikan oleh Pegawai Jabatan Perpaduan & Intergrasi Nasional Sungai Petani iaitu Puan Hanita Bt Ahmad.

Ucapan Perasmian oleh Puan Hanita Ahmad
Sesei senamrobik akan diadakan 2 kali seminggu. Semua Jiran Wanita KRT dan wanita dari Taman berdekatan di jemput bersama-sama di program ini. Disamping dapat bersenam untuk mensihatkan badan, disini juga mengeratkan lagi hubungan Silatulrahim di samping bertukar-tukar fikiran. Kepada yang berminat untuk menyertai program ini boleh berhubung dengan Puan Kursiah (Penerusi Jiran Wanita, KRT Taman Seri Jenaris)

Do'a oleh Puan Latifah, Pengerusi Biro Wanita Puan Kursiah
Puan Hanita beramah dengan peserta program
Puan Hanita beramah mesra dengan peniaga
Peserta sedang beraksi....

0 comments:

Post a Comment