Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Jenaris telah di tubuhkan pada 05 Ogos 2009. Upacara perasmian & pelancaranya telah di sempurnakan pada 03 April 2010. Semuga dengan tertubuhnya KRT ini dapat mengeratkan lagi silatulrahim di kalangan penduduk taman ini. Juga pihak Ahli Jawatankuasa memohon kerjasama penduduk dalam menjaga keselamatan taman dan membenteras gejala-gejala yang tidak sihat. Hubungi Ahli Jawatankuasa sekiranya ada apa-apa maklumat.

Saturday, March 19, 2011

Gotong Royong Perdana

Pagi tadi 19 Mac 2011 (Sabtu) telah diadakan Program Gotong Royong Perdana di Taman Seri Jenaris, Tikam Batu. Seramai hampir 300 orang penduduk dikalangan wanita, lelaki, remaja dan kanak-kanak telah bersama di dalam program ini. Penduduk telah bekerjasama membersihkan kawasan Surau, jalan-jalan utama, longkang utama dan mencantas pokok-pokok yang membahayakan keselamatan. Bagi memeriahkan lagi program ini, cabutan bertuah telah di adakan. Program berakhir jam 12 tengahari dengan semua peserta di jemput ke jamuan makan tengahari.
Terima kasih kepada penduduk yang telah memberikan komitment yang tinggi dalam menjayakan program ini. Mudah-mudahan dengan ini dapat mengeratkan lagi tali silatulrahim dan kenal mengenali di kalangan penduduk Taman Seri Jenaris ini.

Koleksi Photo disini

0 comments:

Post a Comment