Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Jenaris telah di tubuhkan pada 05 Ogos 2009. Upacara perasmian & pelancaranya telah di sempurnakan pada 03 April 2010. Semuga dengan tertubuhnya KRT ini dapat mengeratkan lagi silatulrahim di kalangan penduduk taman ini. Juga pihak Ahli Jawatankuasa memohon kerjasama penduduk dalam menjaga keselamatan taman dan membenteras gejala-gejala yang tidak sihat. Hubungi Ahli Jawatankuasa sekiranya ada apa-apa maklumat.

Monday, December 19, 2011

Program Bersama AADK

Pada 17 Dec 2011 telah diadakan Program Bersama AADK di perkarangan Surau Al-Hidayaah Taman Seri Jenaris. Ceramah anti dadah telah disampaikan oleh pegawai AADK Sungai Petani. Seramai 100 orang telah mendaftar sebagai Rakan Anti Dadah (RADA). Di program ini juga diadakan pertandingan Carum bagi dewasa dan pertandingan Dam Haji bagi kanak2. Wanita pula telah bersama memasak bubur asyura untuk dibahagikan kepada penduduk yang hadir.