Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Jenaris telah di tubuhkan pada 05 Ogos 2009. Upacara perasmian & pelancaranya telah di sempurnakan pada 03 April 2010. Semuga dengan tertubuhnya KRT ini dapat mengeratkan lagi silatulrahim di kalangan penduduk taman ini. Juga pihak Ahli Jawatankuasa memohon kerjasama penduduk dalam menjaga keselamatan taman dan membenteras gejala-gejala yang tidak sihat. Hubungi Ahli Jawatankuasa sekiranya ada apa-apa maklumat.

Friday, November 26, 2010

Berita dari Sinar Harian

Ekspedisi Jom Riadah 1Malaysia mencabar
TIKAM BATU- Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Jenaris di sini telah mengadakan Ekspedisi Jom Riadah 1Malaysia ke Taman Negara Pulau Pinang, baru-baru ini bagi memupuk semangat riadah dalam kalangan penduduk.

Penolong Setiausaha KRT Taman Seri Jenaris, Daud Ng Amin berkata, ekspedisi itu telah membawa seramai 100 penduduk termasuk kanak-kanak merentasi hutan dengan mendaki dan menuruni bukit untuk sampai ke Pantai Kerachut, Pulau Pinang.

Menurutnya, pendakian terbabit yang bermula sekitar jam 11 pagi berakhir jam 12.45 tengah hari itu dan semua peserta terlibat berpuas hati kerana dapat menjamu selera di Pantai Kerachut.

“Ekspedisi ini amat mencabar fizikal dan mental kami.

“Bagaimanapun, kepenatan terubat apabila kami kemudiannya dapat menjamu selera dengan jamuan nasi tomato dan ayam masak merah. Semua peserta menunaikan solat Zuhur berjemaah dan seterusnya ke destinasi berikut.

“Kira-kira jam 3 petang kami meneruskan aktiviti riadah ke Pusat Penetasan Penyu Pantai Kerachut. Kami diberikan taklimat dan pertunjukan video oleh kakitangan pusat itu,” katanya.

Daud berkata, setelah puas menikmati pemandangan dan penat beriadah di Pantai Kerachut, rombongan ekspedisi kemudiannya bertolak balik ke Pusat Taman Negara dengan menaiki bot untuk kembali ke Taman Seri Jenaris.

Menurutnya, ekspedisi yang diadakan julung kali itu sekali gus dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk taman yang menyertainya dan dapat memupuk semangat beriadah bagi menjamin kesejahteraan dan kesihatan masing-masing.

“Di samping itu , ekspedisi yang mengehendaki kami mendaki bukit ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai hutan rimba dan mencintai alam sekitar dan menambah pengetahuan semasa lawatan ke pusat penetasan penyu,” katanya.

Monday, November 15, 2010

Jom Riadah 1 Malaysia

Pada 13 Nov 2010 KRT Taman Seri Jenaris telah mengadakan Ekpedisi Jom Riadah 1 Malaysia ke Taman Negara Pulau Pinang. Seramai 100 orang termasuk kanak-kanak telah menyertai Ekpedisi ini.
Kami telah merentasi hutan dengan mendaki dan menuruni bukit untuk sampai di Pantai Kerachut. Dipantai Kerachut semua peserta bersama menjamu selera makan tengahari berupa nasi tomato dan ayam masak merah. Semua peserta solat Zohor berjemaah dan seterusnya membuat lawatan ke Pusat Penetasan Penyu yang terdapat di Pantai Kerachut. Kami di beri taklimat dan pertunjukan video oleh kakitangan pusat tersebut. Jam 4.00 petang kami semua bertolak balik ke Pusat Taman Negara dengan menaiki bot dan seterusnya kembali ke Taman Seri Jenaris. Alhamdulillah. Ekpedisi ini telah dapat dijalankan dengan selamat dan berjaya mengeratkan Silatulrahim antara penduduk.

Program Jom Riadah 1 Malaysia KRT Taman Seri Jenaris:

Tarikh: 13 Nov 2010 (sabtu)

Tempat: Taman Negara Pulau Pinang

Peserta: 100 orang

08.00 pagi - Bertolak dari Taman Seri Jenaris

10.15 pagi: Sampai di Pusat Taman Negara

10.30 pagi: Taklimat oleh Pegawai Taman Negara

10.45 pagi: Senaman ringan

11.00 pagi: Mula pendakian menuju Pantai Kerachut.

12.45 tengahari: Sampai di Pantai Keracut

01.00 petang: Makan tengahari (Nasi tomato berlauk ayam masak merah)

01.45 petang: Solat Zohor berjemaah.

03.00 petang: Lawatan ke Pusat Penetasan Penyu Pantai Kerachut

04.00 petang: Bertolak balik ke Pusat Taman Negara dengan menaiki bot.

04.30 petang: Bertolak balik ke Taman Seri Jenaris, Tikam Batu

Alhamdulillah.. dengan program sebegini peserta dapat:

1. Mengeratkan lagi silatulrahim dikalangan penduduk
2. Menambah pengetahuan mengenai hutan rimba dan menyintai alam sekitar.
3. Menambah pengetahuan semasa lawatan ke Pusat Penetasan Penyu.

Koleksi Photo disini