Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Jenaris telah di tubuhkan pada 05 Ogos 2009. Upacara perasmian & pelancaranya telah di sempurnakan pada 03 April 2010. Semuga dengan tertubuhnya KRT ini dapat mengeratkan lagi silatulrahim di kalangan penduduk taman ini. Juga pihak Ahli Jawatankuasa memohon kerjasama penduduk dalam menjaga keselamatan taman dan membenteras gejala-gejala yang tidak sihat. Hubungi Ahli Jawatankuasa sekiranya ada apa-apa maklumat.

Friday, November 26, 2010

Berita dari Sinar Harian

Ekspedisi Jom Riadah 1Malaysia mencabar
TIKAM BATU- Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Jenaris di sini telah mengadakan Ekspedisi Jom Riadah 1Malaysia ke Taman Negara Pulau Pinang, baru-baru ini bagi memupuk semangat riadah dalam kalangan penduduk.

Penolong Setiausaha KRT Taman Seri Jenaris, Daud Ng Amin berkata, ekspedisi itu telah membawa seramai 100 penduduk termasuk kanak-kanak merentasi hutan dengan mendaki dan menuruni bukit untuk sampai ke Pantai Kerachut, Pulau Pinang.

Menurutnya, pendakian terbabit yang bermula sekitar jam 11 pagi berakhir jam 12.45 tengah hari itu dan semua peserta terlibat berpuas hati kerana dapat menjamu selera di Pantai Kerachut.

“Ekspedisi ini amat mencabar fizikal dan mental kami.

“Bagaimanapun, kepenatan terubat apabila kami kemudiannya dapat menjamu selera dengan jamuan nasi tomato dan ayam masak merah. Semua peserta menunaikan solat Zuhur berjemaah dan seterusnya ke destinasi berikut.

“Kira-kira jam 3 petang kami meneruskan aktiviti riadah ke Pusat Penetasan Penyu Pantai Kerachut. Kami diberikan taklimat dan pertunjukan video oleh kakitangan pusat itu,” katanya.

Daud berkata, setelah puas menikmati pemandangan dan penat beriadah di Pantai Kerachut, rombongan ekspedisi kemudiannya bertolak balik ke Pusat Taman Negara dengan menaiki bot untuk kembali ke Taman Seri Jenaris.

Menurutnya, ekspedisi yang diadakan julung kali itu sekali gus dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk taman yang menyertainya dan dapat memupuk semangat beriadah bagi menjamin kesejahteraan dan kesihatan masing-masing.

“Di samping itu , ekspedisi yang mengehendaki kami mendaki bukit ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai hutan rimba dan mencintai alam sekitar dan menambah pengetahuan semasa lawatan ke pusat penetasan penyu,” katanya.

0 comments:

Post a Comment