Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Jenaris telah di tubuhkan pada 05 Ogos 2009. Upacara perasmian & pelancaranya telah di sempurnakan pada 03 April 2010. Semuga dengan tertubuhnya KRT ini dapat mengeratkan lagi silatulrahim di kalangan penduduk taman ini. Juga pihak Ahli Jawatankuasa memohon kerjasama penduduk dalam menjaga keselamatan taman dan membenteras gejala-gejala yang tidak sihat. Hubungi Ahli Jawatankuasa sekiranya ada apa-apa maklumat.

Tuesday, December 28, 2010

Majlis Taklimat SRS

Taklimat oleh Pegawai Perpaduan Sungai Petani

Malam tadi telah berlangsungnya Majlis Taklimat Skim Rondaan Sukarela di KRT Taman Seri Jenaris Tikam Batu. Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Jabatan Perpaduan Dan Interagasi Nasional Sungai Petani.
Ucapan aluan dari Pengerusi KRT

Alhamdulillah.. sambutan dari penduduk amat menggalakan. Setakat ini seramai 150 orang penduduk telah bersetuju untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela KRT ini. Diharapkan agar pelaksanaan SRS ini dapat dimulai di awal tahun hadapan nanti.
Penduduk yang hadir untuk mendengar taklimat SRS

Dengan adanya SRS ini kita berharap dapat mengeratkan lagi Silatulrahim antara penduduk dan dalam masa yang sama dapat kita bekerjasama bagi membenteras segala gejala sosial seperti maksiat dan kecurian dari berlaku di Taman Seri Jenaris ini.
Bacaan Doa sebelum memulakan majlis

PERHATIAN: Kepada penduduk yang belum mendaftar bagi menyertai Skim Rondaan Sukarela ini dan ingin menyertainya, bolehlah berhubung dengan Saudara Adnan secepat mungkin.

Sunday, December 26, 2010

PERUBAHAN TARIKH TAKLIMAT SRS

PENGUMUMAN

TARIKH TAKLIMAT SRS DIPINDA KEPADA 27 DISEMBER 2010 (ISNIN). MASA DAN TEMPAT YANG SAMA. INI BAGI MEMBERI PELUANG KEPADA PENDUDUK UNTUK MELIHAT PERLAWANAN AKHIR PIALA SUZUKI ANTARA MALAYSIA DAN INDONESIA. SEMUGA MALAYSIA AKAN MERAIH KEMENANGAN.

Wednesday, December 22, 2010

TAKLIMAT SRS

TAKLIMAT SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS)
KRT TAMAN SERI JENARIS

TARIKH: 26 DISEMBER 2010 (AHAD)

MASA: 0900 MALAM

TEMPAT: HADAPAN BANGUNAN KEDAI TMN SERI JENARIS

TAKLIMAT AKAN DISAMPAIKAN OLEH PEGAWAI JABATAN PERPADUAN DAN PEGAWAI POLIS TIKAM BATU.

SEMUA PENDUDUK TAMAN SERI JENARIS DIJEMPUT HADIR. JAMUAN RINGAN DISEDIAKAN.

Friday, November 26, 2010

Berita dari Sinar Harian

Ekspedisi Jom Riadah 1Malaysia mencabar
TIKAM BATU- Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Jenaris di sini telah mengadakan Ekspedisi Jom Riadah 1Malaysia ke Taman Negara Pulau Pinang, baru-baru ini bagi memupuk semangat riadah dalam kalangan penduduk.

Penolong Setiausaha KRT Taman Seri Jenaris, Daud Ng Amin berkata, ekspedisi itu telah membawa seramai 100 penduduk termasuk kanak-kanak merentasi hutan dengan mendaki dan menuruni bukit untuk sampai ke Pantai Kerachut, Pulau Pinang.

Menurutnya, pendakian terbabit yang bermula sekitar jam 11 pagi berakhir jam 12.45 tengah hari itu dan semua peserta terlibat berpuas hati kerana dapat menjamu selera di Pantai Kerachut.

“Ekspedisi ini amat mencabar fizikal dan mental kami.

“Bagaimanapun, kepenatan terubat apabila kami kemudiannya dapat menjamu selera dengan jamuan nasi tomato dan ayam masak merah. Semua peserta menunaikan solat Zuhur berjemaah dan seterusnya ke destinasi berikut.

“Kira-kira jam 3 petang kami meneruskan aktiviti riadah ke Pusat Penetasan Penyu Pantai Kerachut. Kami diberikan taklimat dan pertunjukan video oleh kakitangan pusat itu,” katanya.

Daud berkata, setelah puas menikmati pemandangan dan penat beriadah di Pantai Kerachut, rombongan ekspedisi kemudiannya bertolak balik ke Pusat Taman Negara dengan menaiki bot untuk kembali ke Taman Seri Jenaris.

Menurutnya, ekspedisi yang diadakan julung kali itu sekali gus dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk taman yang menyertainya dan dapat memupuk semangat beriadah bagi menjamin kesejahteraan dan kesihatan masing-masing.

“Di samping itu , ekspedisi yang mengehendaki kami mendaki bukit ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai hutan rimba dan mencintai alam sekitar dan menambah pengetahuan semasa lawatan ke pusat penetasan penyu,” katanya.

Monday, November 15, 2010

Jom Riadah 1 Malaysia

Pada 13 Nov 2010 KRT Taman Seri Jenaris telah mengadakan Ekpedisi Jom Riadah 1 Malaysia ke Taman Negara Pulau Pinang. Seramai 100 orang termasuk kanak-kanak telah menyertai Ekpedisi ini.
Kami telah merentasi hutan dengan mendaki dan menuruni bukit untuk sampai di Pantai Kerachut. Dipantai Kerachut semua peserta bersama menjamu selera makan tengahari berupa nasi tomato dan ayam masak merah. Semua peserta solat Zohor berjemaah dan seterusnya membuat lawatan ke Pusat Penetasan Penyu yang terdapat di Pantai Kerachut. Kami di beri taklimat dan pertunjukan video oleh kakitangan pusat tersebut. Jam 4.00 petang kami semua bertolak balik ke Pusat Taman Negara dengan menaiki bot dan seterusnya kembali ke Taman Seri Jenaris. Alhamdulillah. Ekpedisi ini telah dapat dijalankan dengan selamat dan berjaya mengeratkan Silatulrahim antara penduduk.

Program Jom Riadah 1 Malaysia KRT Taman Seri Jenaris:

Tarikh: 13 Nov 2010 (sabtu)

Tempat: Taman Negara Pulau Pinang

Peserta: 100 orang

08.00 pagi - Bertolak dari Taman Seri Jenaris

10.15 pagi: Sampai di Pusat Taman Negara

10.30 pagi: Taklimat oleh Pegawai Taman Negara

10.45 pagi: Senaman ringan

11.00 pagi: Mula pendakian menuju Pantai Kerachut.

12.45 tengahari: Sampai di Pantai Keracut

01.00 petang: Makan tengahari (Nasi tomato berlauk ayam masak merah)

01.45 petang: Solat Zohor berjemaah.

03.00 petang: Lawatan ke Pusat Penetasan Penyu Pantai Kerachut

04.00 petang: Bertolak balik ke Pusat Taman Negara dengan menaiki bot.

04.30 petang: Bertolak balik ke Taman Seri Jenaris, Tikam Batu

Alhamdulillah.. dengan program sebegini peserta dapat:

1. Mengeratkan lagi silatulrahim dikalangan penduduk
2. Menambah pengetahuan mengenai hutan rimba dan menyintai alam sekitar.
3. Menambah pengetahuan semasa lawatan ke Pusat Penetasan Penyu.

Koleksi Photo disini

Sunday, October 17, 2010

SENAMROBIK JIRAN WANITA KRT TAMAN SERI JENARIS

JOM SENAMROBIK........


Senamrobik Jiran Wanita setiap Isnin dan Rabu Jam 5.30 petang hingga 6.30 petang
Hari Sabtu Jam 7.30 pagi - 9.00 pagi.
Semua kaum wanita dijemput...
Mai ramai-ramai

Sunday, October 10, 2010

Jamuan Hari Raya KRT 2010


KRT Taman Seri Jenaris telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya 2010 pada 09 Oktober 2010 (Sabtu) bermula dari jam 1.30 petang hingga 4.30 ptg. Alhamdulillah... majlis berjalalan lancar dengan kehadiran ramai penduduk Taman Seri Jenaris dan juga tetamu jemputan dari KRT berhampiran. Mudah-mudahan dengan majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi silatulrahim antara semua penduduk Taman Seri Jenaris ini.

Ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa dan penduduk yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis tersebut.

Wednesday, August 11, 2010

AHLAN WA-SHAHLAN RAMADHAN


Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa KRT Taman Seri Jenaris mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa kepada semua penduduk Taman Seri Jenaris.

Tuesday, May 11, 2010

Program Semarak Perpaduan

Program Semarak Perpaduan 1 Malaysia telah di adakan pada 10 Mei 2010 di Dewan MPSPK Tikam Batu. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara & Integerasi Nasional Negeri Kedah En. Saidi Bin Midin. Majlis yang dihadiri oleh wakil-wakil dari 14 KRT Kuala Muda ini juga meraikan Cik Norsafiza Hayani Bt. Salehin.KRT Taman Seri Jenaris telah menghantar seramai 20 ahli termasuk Jiran Wanita. Berbagai persembahan juga telah diadakan oleh kanak-kanak dan KRT Daerah Kuala Muda.

Persembahan dari KRT Taman Seri Pinang

Sunday, April 4, 2010

Ceramah Agama Anjuran KRT

Sempena pelancaran KRT.. pada malamnya diadakan Ceramah Agama bertempat di surau Al-Hidayah (Dipindahkan dari padang kerna hujan lebat). Ceramah di sampaikan oleh Al-Fadzil Ustaz Hj. Mohd Isa Bin Hj. Abdul Rahman (Penceramah Radio 3 Alor Setar)

Koleksi Video Hari Pelancaran

Diantara penduduk yang hadir


Pameran oleh Kementerian Kesihatan dan AADK


Perasmian oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negara & Intergerasi National Negeri Kedah Tuan Hj Hashim Bin Ayub


Pantun dalam ucapan Pengerusi KRT En Bukri Bin Khalid


Pengarah JPN melawat gerai pameran.

PELANCARAN KRT TAMAN SEI JENARIS

Persedian majlis pada petang Jumaat... AJK dan penduduk berkerjasama bagi menjayakan program ini. Kelihatan Puan Hanita juga hadir memberi khidmat nasihatnya....Antara yang berusaha di hari pelancaran.. terima kaseh kepada semua yang terlibat dan yang memberikan sokongan dalam menjayakan majlis ini.Sukaneka untuk anak-anak berumur 4 - 12 tahun juga telah di adakan pada pagi pelancaran.Pemyampaian Sijil Pelantikan AJK oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Negeri Kedah.Bacaan Doa oleh Ustaz Arfan, ucapan oleh Pengerusi KRT dan ucapan peresmian oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negara.Majlis Peresmian dan Pelancaran KRT Taman Seri Jenaris di sempurnakan oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negara & Intergerasi Nasional negeri Kedah.Terima kaseh kepada AADK dan Kementerian Kesihatan yang mengadakan pameran di hari pelancaran KRT.

Taklimat Kawasan Rukun Tetangga (KRT)


Taklimat pertama kepada penduduk untuk penubuhan KRT Taman Seri Jenaris oleh Pegawai JPN pada 22 Mac 2009.Antara penduduk dan Ahli Jawatankuasa penaja yang hadir.Mesyuarat telah di adakan beberapa kali... dengan cabaran dan rintangan.. tapi semua dapat diatasi dan akhirnya tertubuhlah KRT Taman Seri Jenaris pada 05 Ogos 2009