Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Jenaris telah di tubuhkan pada 05 Ogos 2009. Upacara perasmian & pelancaranya telah di sempurnakan pada 03 April 2010. Semuga dengan tertubuhnya KRT ini dapat mengeratkan lagi silatulrahim di kalangan penduduk taman ini. Juga pihak Ahli Jawatankuasa memohon kerjasama penduduk dalam menjaga keselamatan taman dan membenteras gejala-gejala yang tidak sihat. Hubungi Ahli Jawatankuasa sekiranya ada apa-apa maklumat.

Saturday, February 26, 2011

Pertandingan Badminton Tertutup KRT TSJ

Update

Pemenang Pertandingan Badminton Tertutup KRT Taman Seri Jenaris.

Tempat Pertama: Pasangan Kapt (B) Basharudin Bin Gaain dan Zulkifli Bin Zainudin
Tempat kedua: Pasangan Kasim Selamat bin Bakar dan Mohd Farhan Bin Azaman
Tempat ketiga: Pasangan Mohd Izuan Bin Su dan Mohd Saiful Azrin Bin Zaini

Pemenang sedang menerima hadiah berupa Jersey dari Setiausha dan Pengerusi KRTJuara menerima Piala Pusingan dari pengerusi KRT En. Bukri Bin Khalid
Sebahagian dari peserta pertandinganPertandingan pagi tadi.
Pertandingan telah di adakan pada 26 Feb 2011 bermula jam 8.30 pagi di Dewan Badminton Padang Temusu. Sebanyak 11 pasukan beregu melibatkan seramai 22 pemain menyertai pertandingan yang julung kali diadakan ini. Pelawanan Separuh akhir dan akhir akan di adakan di Dewan Serbaguna MPSP Tikam Batu pada malam ini bermula jam 9.00 malam.

Koleksi Photo disini

Thursday, February 24, 2011

Mesyuarat AJK KRT kali-2/2011

Mesyuarat AJK KRT Taman Seri Jenaris yang turut dihadiri oleh Puan Hanita dari Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Sunagai Petani.

Monday, February 14, 2011

Petugas SRS KRT Taman Seri Jenaris


SRS.. Besama menjaga keselamatan...

Thursday, February 3, 2011

Pertandingan Badminton Tertutup TSJ

Pertandingan akan di adakan pada 26 Feb 2011 di Dewan Badminton Padang Temusu. Terbuka kepada penduduk Taman Seri Jenaris berumur 18 thaun keatas (lelaki). Yuran penyertaan sebanyak RM10.00 sahaja.

Sesiapa yang berminat sila majukan nama beserta wang penyertaan kepada Ustaz Najib sebelum 20 Feb 2011.

"Beramai-ramai sertai pertandingan"
"Sukan Memupuk Perpaduan"