Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Jenaris telah di tubuhkan pada 05 Ogos 2009. Upacara perasmian & pelancaranya telah di sempurnakan pada 03 April 2010. Semuga dengan tertubuhnya KRT ini dapat mengeratkan lagi silatulrahim di kalangan penduduk taman ini. Juga pihak Ahli Jawatankuasa memohon kerjasama penduduk dalam menjaga keselamatan taman dan membenteras gejala-gejala yang tidak sihat. Hubungi Ahli Jawatankuasa sekiranya ada apa-apa maklumat.

Thursday, March 31, 2011

Pertandingan Bowling Tertutup KRT TSJ

Pertandingan Bowling Tertutup KRT Taman Seri Jenaris akan di adakan pada 06 Apr 2011 jam 8.30 malam bertempat di Sejati Bowling Center, Taman Sejati. Pernyertaan terbuka kepada semua penduduk Taman Seri Jenaris. Kepada yang berminat boleh berhubung dengan En. Yusof (Tel: 019-4809921) sebelum 04 Apr 2011 untuk pendaftaran.

Wednesday, March 30, 2011

Senamrobik Jiranita

Majlis Pelancaran Senamrobik Jiranita KRT Taman Seri Jenaris telah diadakan pada 30 Mac 2011 bertempat di Dewan MPSP Tikam Batu. Majlis telah di rasmikan oleh Pegawai Jabatan Perpaduan & Intergrasi Nasional Sungai Petani iaitu Puan Hanita Bt Ahmad.

Ucapan Perasmian oleh Puan Hanita Ahmad
Sesei senamrobik akan diadakan 2 kali seminggu. Semua Jiran Wanita KRT dan wanita dari Taman berdekatan di jemput bersama-sama di program ini. Disamping dapat bersenam untuk mensihatkan badan, disini juga mengeratkan lagi hubungan Silatulrahim di samping bertukar-tukar fikiran. Kepada yang berminat untuk menyertai program ini boleh berhubung dengan Puan Kursiah (Penerusi Jiran Wanita, KRT Taman Seri Jenaris)

Do'a oleh Puan Latifah, Pengerusi Biro Wanita Puan Kursiah
Puan Hanita beramah dengan peserta program
Puan Hanita beramah mesra dengan peniaga
Peserta sedang beraksi....

Saturday, March 26, 2011

Kayuhan Emas

Peserta yang mengambil bahagian
Program Kayuhan Emas Jiran Muda telah diadakan pada 26 Mac 2011. Kayuhan bermula dari Taman Seri Jenaris menuju ke Masjid Kota Raja dan seterusnya ke Pantai Merdeka. Seramai 50 orang peserta Kayuhan Emas terdiri dari remaja berumur 12 hingga 17 tahun, Keseluruhan peserta yang bersama memeriahkan program adalah seramai 100 orang terdiri dari Biro Wanita dan ahli-ahli KRT. Besesuaian dengan motto program 'Riadah Sambil Beramal' , peserta telah mengadakan gotong-royong di Masjid Kota Raja, Kota Kuala Muda. Di Pantai Merdeka peserta telah diberikan ceramah dari AADK yang di sampaikan oleh En Masri. Diharapkan agar program ini dapat memberi motivasi dan penekanan kepada penduduk berkaitan kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran juga meningkatkan kesefahaman antara golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak. Terima kasih kepada Pegawai Jabatan Perpaduan & Intergrasi Nasional, Pegawai AADK dan juga Pegawai Polis Trafik Sungai Petani yang telah memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang berjalannya program tersebut.

Program di mulakan dengan bacaan Doa... kelihatan juga Polis PengiringGotong-royong di Masjid Kota Raja, Kota Kuala MudaPameran oleh AADK Sungai PetaniUacapan oleh Pegawai JPIN Puan Hanita dan Ceramah AADK oleh En Masri
Sukaneka untuk semua
Kayuhan Emas diiringi oleh Polis Trafik


Sukaneka di Pantai Merdeka

Koleksi Photo disini

Saturday, March 19, 2011

Gotong Royong Perdana

Pagi tadi 19 Mac 2011 (Sabtu) telah diadakan Program Gotong Royong Perdana di Taman Seri Jenaris, Tikam Batu. Seramai hampir 300 orang penduduk dikalangan wanita, lelaki, remaja dan kanak-kanak telah bersama di dalam program ini. Penduduk telah bekerjasama membersihkan kawasan Surau, jalan-jalan utama, longkang utama dan mencantas pokok-pokok yang membahayakan keselamatan. Bagi memeriahkan lagi program ini, cabutan bertuah telah di adakan. Program berakhir jam 12 tengahari dengan semua peserta di jemput ke jamuan makan tengahari.
Terima kasih kepada penduduk yang telah memberikan komitment yang tinggi dalam menjayakan program ini. Mudah-mudahan dengan ini dapat mengeratkan lagi tali silatulrahim dan kenal mengenali di kalangan penduduk Taman Seri Jenaris ini.

Koleksi Photo disini

Wednesday, March 16, 2011

Program Kayuhan Emas

KRT Taman Seri Jenaris kan menganjurkan program KAYUHAN EMAS ke Pantai Merdeka.

Tarikh: 26 Mac 2011
Masa: 7.00 pagi - 5.00 petang
Laluan: TSJ - Rumah Orang Tua Kuala Muda - Pantai Merdeka - TSJ

Terbuka kepada semua penduduk TSJ lelaki & perempuan berumur 18 tahun keatas. (18 tahun kebawah perlu kebenaran ibubapa/penjaga).

Yuran penyertaan: RM5.00 sahaja
T'Shirt, makan pagi dan makan tengahari disediakan.

Dapatkan borang penyertaan daripada:
Sdr Adnan - Tel 012-4570300
Sdr Basharudin - 019-5766397
Cikgu Yusof - 019-4809921

Tarikh tutup permohonan pada 20 Mac 2011
Penyertaan terhad (Siapa cepat dia dapat)

Program Gotong-royong Perdana

Program Gotong-royong Perdana akan diadakan:

Tarikh: 19 Mac 2011
Masa: 8.00 pagi - 12 tengahari
Tempat : Taman Seri Jenaris

SEMUA PENDUDUK / PENGHUNI TAMAN SERI JENNARIS DI JEMPUT HADIR BAGI MENJAYAKAN PROOGRAM TERSEBUT.

JAMUAN MAKAN TENGAHARI AKAN DISEDIAKAN

"KESEPAKATAN KEARAH MENCARI REDHA ALLAH SWT"

Sunday, March 13, 2011

Kembara Rimba Jiran Muda 2011

Program Kembara Rimba Jiran Muda 2011 telah diadakan pada hari Sabtu 12 Mac 2011 di Taman Negara Pulau Pinang. Seramai 136 remaja dari 30 KRT Kuala Muda / Yan menyertai program ini. Program di ketuai oleh Puan Hanita Bt Ahmad dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kuala Muda /Yan. Ketua Fasilitator ialah Kapt (B) Basharuddin Bin Gaain dari KRT Taman Seri Jenaris, Tikam Batu.Facilitator terdiri dari anggota KRT Taman Seri Jenaris
Kumpulan 1Kumpulan 2Kumpulan 3Kumpulan 4Kumpulan 5Peserta sedang mendengar taklimat yang di sampaikan oleh pegawai Perhilitan
Facilator

Saturday, March 5, 2011

Perbincangan Program Rimba Remaja

Perbincangan untuk Program Remaja Rimba akan diadakan.

Tarikh : 09 Mac 2011 (Rabu)
Tempat : Perkarangan Surau Al-Hidayah, Taman Seri Jenaris.
Masa: 9.00 malam

Semua Ahli Jawatankuasa KRT dan Fasilitator yang telah dilantik dikehendaki hadir.