Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Jenaris telah di tubuhkan pada 05 Ogos 2009. Upacara perasmian & pelancaranya telah di sempurnakan pada 03 April 2010. Semuga dengan tertubuhnya KRT ini dapat mengeratkan lagi silatulrahim di kalangan penduduk taman ini. Juga pihak Ahli Jawatankuasa memohon kerjasama penduduk dalam menjaga keselamatan taman dan membenteras gejala-gejala yang tidak sihat. Hubungi Ahli Jawatankuasa sekiranya ada apa-apa maklumat.

Saturday, March 26, 2011

Kayuhan Emas

Peserta yang mengambil bahagian
Program Kayuhan Emas Jiran Muda telah diadakan pada 26 Mac 2011. Kayuhan bermula dari Taman Seri Jenaris menuju ke Masjid Kota Raja dan seterusnya ke Pantai Merdeka. Seramai 50 orang peserta Kayuhan Emas terdiri dari remaja berumur 12 hingga 17 tahun, Keseluruhan peserta yang bersama memeriahkan program adalah seramai 100 orang terdiri dari Biro Wanita dan ahli-ahli KRT. Besesuaian dengan motto program 'Riadah Sambil Beramal' , peserta telah mengadakan gotong-royong di Masjid Kota Raja, Kota Kuala Muda. Di Pantai Merdeka peserta telah diberikan ceramah dari AADK yang di sampaikan oleh En Masri. Diharapkan agar program ini dapat memberi motivasi dan penekanan kepada penduduk berkaitan kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran juga meningkatkan kesefahaman antara golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak. Terima kasih kepada Pegawai Jabatan Perpaduan & Intergrasi Nasional, Pegawai AADK dan juga Pegawai Polis Trafik Sungai Petani yang telah memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang berjalannya program tersebut.

Program di mulakan dengan bacaan Doa... kelihatan juga Polis PengiringGotong-royong di Masjid Kota Raja, Kota Kuala MudaPameran oleh AADK Sungai PetaniUacapan oleh Pegawai JPIN Puan Hanita dan Ceramah AADK oleh En Masri
Sukaneka untuk semua
Kayuhan Emas diiringi oleh Polis Trafik


Sukaneka di Pantai Merdeka

Koleksi Photo disini

0 comments:

Post a Comment