Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Jenaris telah di tubuhkan pada 05 Ogos 2009. Upacara perasmian & pelancaranya telah di sempurnakan pada 03 April 2010. Semuga dengan tertubuhnya KRT ini dapat mengeratkan lagi silatulrahim di kalangan penduduk taman ini. Juga pihak Ahli Jawatankuasa memohon kerjasama penduduk dalam menjaga keselamatan taman dan membenteras gejala-gejala yang tidak sihat. Hubungi Ahli Jawatankuasa sekiranya ada apa-apa maklumat.

Saturday, March 5, 2011

Perbincangan Program Rimba Remaja

Perbincangan untuk Program Remaja Rimba akan diadakan.

Tarikh : 09 Mac 2011 (Rabu)
Tempat : Perkarangan Surau Al-Hidayah, Taman Seri Jenaris.
Masa: 9.00 malam

Semua Ahli Jawatankuasa KRT dan Fasilitator yang telah dilantik dikehendaki hadir.

Saturday, February 26, 2011

Pertandingan Badminton Tertutup KRT TSJ

Update

Pemenang Pertandingan Badminton Tertutup KRT Taman Seri Jenaris.

Tempat Pertama: Pasangan Kapt (B) Basharudin Bin Gaain dan Zulkifli Bin Zainudin
Tempat kedua: Pasangan Kasim Selamat bin Bakar dan Mohd Farhan Bin Azaman
Tempat ketiga: Pasangan Mohd Izuan Bin Su dan Mohd Saiful Azrin Bin Zaini

Pemenang sedang menerima hadiah berupa Jersey dari Setiausha dan Pengerusi KRTJuara menerima Piala Pusingan dari pengerusi KRT En. Bukri Bin Khalid
Sebahagian dari peserta pertandinganPertandingan pagi tadi.
Pertandingan telah di adakan pada 26 Feb 2011 bermula jam 8.30 pagi di Dewan Badminton Padang Temusu. Sebanyak 11 pasukan beregu melibatkan seramai 22 pemain menyertai pertandingan yang julung kali diadakan ini. Pelawanan Separuh akhir dan akhir akan di adakan di Dewan Serbaguna MPSP Tikam Batu pada malam ini bermula jam 9.00 malam.

Koleksi Photo disini

Thursday, February 24, 2011

Mesyuarat AJK KRT kali-2/2011

Mesyuarat AJK KRT Taman Seri Jenaris yang turut dihadiri oleh Puan Hanita dari Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Sunagai Petani.

Monday, February 14, 2011

Petugas SRS KRT Taman Seri Jenaris


SRS.. Besama menjaga keselamatan...

Thursday, February 3, 2011

Pertandingan Badminton Tertutup TSJ

Pertandingan akan di adakan pada 26 Feb 2011 di Dewan Badminton Padang Temusu. Terbuka kepada penduduk Taman Seri Jenaris berumur 18 thaun keatas (lelaki). Yuran penyertaan sebanyak RM10.00 sahaja.

Sesiapa yang berminat sila majukan nama beserta wang penyertaan kepada Ustaz Najib sebelum 20 Feb 2011.

"Beramai-ramai sertai pertandingan"
"Sukan Memupuk Perpaduan"

Wednesday, January 19, 2011

Skim Rondaan Sukarela

PENGUMUMAN

SKIM RONDAAN SUKARELA KRT TAMAN SERI JENARIS AKAN BERMULA

PADA: 04 FEBUARI 2011.


AHLI SRS BOLEH MENYEMAK HARI BERTUGAS PAPAN KENYATAAN SURAU, BLOK A, BLOK B, BLOK C DAN DI KEDAI MAKLONG ATAU DI KEDAI MAKAN SAUDARA BAT.

KERJASAMA DARI SEMUA SANGAT DIHARAPKAN DEMI MENJAGA TAMAN SERI JENARIS DARI BERLAKUNYA SEGALA GEJALA SOSIAL & KECURIAN.

Tuesday, December 28, 2010

Majlis Taklimat SRS

Taklimat oleh Pegawai Perpaduan Sungai Petani

Malam tadi telah berlangsungnya Majlis Taklimat Skim Rondaan Sukarela di KRT Taman Seri Jenaris Tikam Batu. Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Jabatan Perpaduan Dan Interagasi Nasional Sungai Petani.
Ucapan aluan dari Pengerusi KRT

Alhamdulillah.. sambutan dari penduduk amat menggalakan. Setakat ini seramai 150 orang penduduk telah bersetuju untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela KRT ini. Diharapkan agar pelaksanaan SRS ini dapat dimulai di awal tahun hadapan nanti.
Penduduk yang hadir untuk mendengar taklimat SRS

Dengan adanya SRS ini kita berharap dapat mengeratkan lagi Silatulrahim antara penduduk dan dalam masa yang sama dapat kita bekerjasama bagi membenteras segala gejala sosial seperti maksiat dan kecurian dari berlaku di Taman Seri Jenaris ini.
Bacaan Doa sebelum memulakan majlis

PERHATIAN: Kepada penduduk yang belum mendaftar bagi menyertai Skim Rondaan Sukarela ini dan ingin menyertainya, bolehlah berhubung dengan Saudara Adnan secepat mungkin.