Taklimat oleh Pegawai Perpaduan Sungai PetaniMalam tadi telah berlangsungnya Majlis Taklimat Skim Rondaan Sukarela di KRT Taman Seri Jenaris Tikam Batu. Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Jabatan Perpaduan Dan Interagasi Nasional Sungai Petani.
Ucapan aluan dari Pengerusi KRTAlhamdulillah.. sambutan dari penduduk amat menggalakan. Setakat ini seramai 150 orang penduduk telah bersetuju untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela KRT ini. Diharapkan agar pelaksanaan SRS ini dapat dimulai di awal tahun hadapan nanti.
Penduduk yang hadir untuk mendengar taklimat SRSDengan adanya SRS ini kita berharap dapat mengeratkan lagi Silatulrahim antara penduduk dan dalam masa yang sama dapat kita bekerjasama bagi membenteras segala gejala sosial seperti maksiat dan kecurian dari berlaku di Taman Seri Jenaris ini.
Bacaan Doa sebelum memulakan majlisPERHATIAN: Kepada penduduk yang belum mendaftar bagi menyertai Skim Rondaan Sukarela ini dan ingin menyertainya, bolehlah berhubung dengan Saudara Adnan secepat mungkin.