![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg0WRUWg4FAp-5goJxMJIAENqc-vSiCGMbV444qS7X85rAkZVr0t__BRnof2SomghGTVGurWiGCUchNaApwmwE1qFULfdQDGGiaBDIbXkqNbLlKXPK0gwpx1zEoWsSp1fzPZ1lrSjrRRxmB/s200/DSC09315a.jpg)
![](file:///C:/DOCUME%7E1/adiq/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-2.png)
Penolong Setiausaha KRT Taman Seri Jenaris, Daud Ng Amin berkata, ekspedisi itu telah membawa seramai 100 penduduk termasuk kanak-kanak merentasi hutan dengan mendaki dan menuruni bukit untuk sampai ke Pantai Kerachut, Pulau Pinang.
Menurutnya, pendakian terbabit yang bermula sekitar jam 11 pagi berakhir jam 12.45 tengah hari itu dan semua peserta terlibat berpuas hati kerana dapat menjamu selera di Pantai Kerachut.
“Ekspedisi ini amat mencabar fizikal dan mental kami.
“Bagaimanapun, kepenatan terubat apabila kami kemudiannya dapat menjamu selera dengan jamuan nasi tomato dan ayam masak merah. Semua peserta menunaikan solat Zuhur berjemaah dan seterusnya ke destinasi berikut.
“Kira-kira jam 3 petang kami meneruskan aktiviti riadah ke Pusat Penetasan Penyu Pantai Kerachut. Kami diberikan taklimat dan pertunjukan video oleh kakitangan pusat itu,” katanya.
Daud berkata, setelah puas menikmati pemandangan dan penat beriadah di Pantai Kerachut, rombongan ekspedisi kemudiannya bertolak balik ke Pusat Taman Negara dengan menaiki bot untuk kembali ke Taman Seri Jenaris.
Menurutnya, ekspedisi yang diadakan julung kali itu sekali gus dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk taman yang menyertainya dan dapat memupuk semangat beriadah bagi menjamin kesejahteraan dan kesihatan masing-masing.
“Di samping itu , ekspedisi yang mengehendaki kami mendaki bukit ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai hutan rimba dan mencintai alam sekitar dan menambah pengetahuan semasa lawatan ke pusat penetasan penyu,” katanya.